Salam 1 Malaysia, Salam 1 Photo Rebellion.
(terlebih dahulu, foto disebelah hanya sekadar hiasan. tidak mempunyai kaitan dengan firdaus latif atau mana-mana individu yang hadiup atau yang dah arwah.)
Ini adalah blog rasmi Photo Rebellion (PR)(edisi percubaan). Para ahli diminta untuk memberi pandangan dan cadangan untuk memperbaiki blog ini. Tujuan blog ini dibina bagi memudahkan ahli melakukan posting, upload foto, marketing dan update perkembangan terbaru mereka.
Admin (orang yang mentadbir blog ini yakni dia boleh setting, post, desain, masak meggi, bertani, main golf dan sebagainya) akan cuba menjadikan ahli PR menjadi author (orang yang boleh posting dan upload sahaja) seberapa ramai yang mungkin. Author bebas melakukan posting dan uploading selagi tidak melanggar tatasusila dan undang-undang pengakap, kemanusian dan moral.
Admin sedang merangka domain (contoh www.mudah.my maka mudah adalah nama domain) yang cantik dan pendek. selain itu ahli boleh mencadangkan nama lain bagi blog ini selaian PR Photographer. Contoh, Photo Mak Limah Balik Kubur, Ahmad Farid Hot dan sebagainya (pilihlah nama yang akan menjadikan komuniti anda kacak bergaya lagi disegani).
Di bawah adalah admin rasmi blog ini:
Firdaus Latif (Admin)
Orang Tua (Co-Admin)
………………… (akan datang)
(Seorang lagi admin diperlukan. Boleh cadangkan?)
Kenapa pakai 2 atau 3 orang admin?
Ini bagi memudahkan pentadbiran blog. Jika ada admin yang lari, gila atau mati tercekik putik durian. Maka admin yang lain akan bertanggungjawab mentadbir blog ini.
Apa yang ahli boleh sumbangkan?
Ahli boleh cadangkan apa-apa sahaja untuk perbaiki blog ini dari segi tema, layout, desain, color, foto dan sebagainya. Ahli digalakkan untkuk update perkembangan mereka disni. Posting seperti apa yang anda makan hari ini atau anda boring gila-gila (seperti yang sangat popular di facebook itu)amat tidak digalakan dan tidak memberi faedah kepada ahli lain. Ahli juga sangat digalakkan untuk upload karya foto mereka di sini. Bahan-bahan berciri 18SX sangat tidak digalakkan malah anda akan dikeji dan dimaki.
Kenapa bina blog?
Kebaikan membina blog selaian update tentang komuniti PR. Reputasi PR pada pandangan masyarakat dan Perdana Menteri kita (kalau PM bacala..) akan dihormati dan dipercayai. Selaian itu setiap ahli boleh menjadikan blog sebagai tapak dan alat pemasaran mereka. boleh buat promosi foto kahwin, khidmat desain,trainer fotografi dan sebagainya. Malah boleh mempromosikan tuan empunya badan kepada bakal isteri dan bakal mak mertua.
Macam mana hendak beri pandangan?
Anda tentu mempunyai facebook dan email bukan. Sila nyatakan idea anda di group Markas Sayap Kiri. Anda juga boleh menyatakan terus kepada admin. Juga boleh komen terus melalui blog ini. Jika anda berasa malu-malu kambing untuk memberi komen atau cadangan. Jangan adukan hal ini kepada ketua kampung anda. Anda boleh tulis surat dengan nama samaran seperti upin atau ipin dan hantarkan melalui pos kepada admin (jika anda rajin).
Apa lagi yang orang tua ni hendak tulis lagi?
Sudah.. sudah, penat aku menulis..
Yang benar
Seseorang Yang Bernama “Orang Tua”
Co-Admin